Sunday, October 13, 2019

Essay --

Pengenalan Di Malaysia, perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan akan tetapi lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Sebelum kedatangan Inggeris undang-undang yang dikuti di negeri-negeri Melayu ialah undang-undang Islam dan adat Melayu yang sesuai. Mahkamah dalam kes Ramah lawan Laton telah memutuskan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negeri. Akan tetapi pengaruh undang-undang Inggeris telah dimasukkan melalui perundangan dan keputusan hakim. Supaya undang-undang Islam dikembalikan sebagai undang-undang asas dan utama bagi orang-orang Islam di Malaysia, hendaklah dinaikkan taraf dan kedudukan Mahkamah Syariah dan membebaskan dari gangguan dan campur tangan Mahkamah Sivil. Pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1998 adalah merupakan langkah permulaan kearah tersebut. Banyak lagi yang harus dilakukan untuk meninggikan Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia dan untuk membolehkan Mahkamah Syariah menjalankan tugasnya dengan baik. Di negara kita, Malaysia, Undang-undang Syariah ditadbirkan di Mahkamah Syariah dan Common Law ditadbirkan di Mahkamah Sivil. Melalui perundangan, undang-undang berasaskan Inggeris telah diterima seperti Kanun Keseksaan, Akta Keterangan, Akta Kontrak, Kanun Jenayah, Kanun Acara Sivil dan Undang-undang Tanah. Kuasa mengenai perundangan Hukum Syarak ada di peruntukkan dalam Jadual ke 9, Senarai 2 – Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu, telah terdapat perkara dimana Mahkamah Sivil boleh menjalankan bidangkuasanya sungguhpun perkara itu mengenai undang-undang diri dan keluarga orang-orang Islam. Umpamanya dalam ... ... merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman. Sejarah Perundangan Islam. Sebelum masuknya pengaruh kerajaan British di negeri-negeri Melayu, undang-undang Islam dan Adat Melayu ialah undang-undang asas atau undang-undang negeri. Undang-undang Islam yang diikuti itu meliputi semua bidang termasuklah Undang-undang Keluarga, Undang-undang Jenayah, Undang-undang Tanah, Undang-undang Mal, dan Undang-undang Acara dan Keterangan. Kumpulan undang-undang Melayu lama seperti Undang-undang Melaka atau undang-undang yang dikumpulkan untuk Sultan Pahang mempunyai peruntukan bagi Undang-undang Mal, Undang-undang Keterangan dan Undang-undang Acara. Di Turki, Majallat-al-ahkam adalah suatu kumpulan undang-undang Mal Islam, telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diiktiraf sebagai undang-undang yang harus diikuti di mahkamah-mahkamah di Johor pada tahun 1914.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.